PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 5,439 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,638,221 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE