fbpx

Kit ujian kendiri Covid-19 kini diwartakan barang kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP Kedah memeriksa harga kit ujian kendiri Covid-19 di sebuah farmasi di Simpang Kuala, hari ini. - FOTO: SHAHIR NOORDIN

PUTRAJAYA – Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Sendiri) kini diwartakan sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) (No.6) 2021 berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata. berkata, penguatkuasaan itu dibuat selepas ia diwartakan pada 24 November lalu bagi menjamin keberadaan dan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran.

Katanya, pihaknya mengambil maklum akan keperluan Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 oleh Keluarga Malaysia sebagai salah satu langkah awal pencegahan penularan pandemik tersebut ketika ini.

“Buat masa ini, bekalannya didapati mencukupi di pasaran dan sehingga kini tiada aduan berkenaan kekurangan bekalan diterima pihak KPDNHEP.

“Malah, ia bukan sahaja boleh diperolehi di farmasi dan fasiliti kesihatan, tetapi boleh dibeli di premis lain yang telah berdaftar seperti di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI