fbpx

Kos haji diputuskan Januari tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan mockup cek berjumlah RM36,500 kepada Eksekutif YPJ, Muhamad Jaberidin Mesron (dua dari kiri) pada Program Inspirasi Qaseh Kami di Masjid Al Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Keputusan mengenai berlakunya kenaikan kos pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini atau tidak susulan peningkatan kos semasa akan diputuskan Kabinet selewat-lewatnya pada Januari tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya terlebih dahulu akan mendengar taklimat berhubung isu ini daripada Lembaga Tabung Haji (TH) yang dijadualkan diadakan minggu hadapan.

“Saya akan bawakan perincian taklimat TH itu ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi capai keputusan muktamad.

“Dijangkakan, selewat-lewatnya bulan depan (Januari) Kabinet akan beri keputusan muktamad sama ada kos haji musim depan akan naik atau kekal.

“Setakat ini, kita tidak dapat hendak sahkan sama ada kos haji musim depan akan naik atau tidak, kita akan bincang dulu. Kos umrah pun dilaporkan sudah bertambah lebih RM2,000 sedangkan umrah itu hanya dilakukan 10 hari, sahaja” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Inspirasiku Dana Inspirasi Malaysia dan Program Inspirasi Prihatin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di Dewan Masjid al-Jawaher Mutiara Rini, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI