fbpx

357,898 pengguna bot laju sejak ganti feri ikonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Feri bot laju yang menggantikan feri ikonik Pulau Pinang sejak 1 Januari lalu

GEORGE TOWN – Sebanyak 357,898 pengguna pejalan kaki telah menggunakan perkhidmatan bot laju dalam tempoh 10 bulan perkhidmatannya sehingga Oktober lalu bagi menggantikan menggantikan feri ikonik Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, perkhidmatan itu disifatkan mendapat sambutan memberangsangkan berdasarkan rekod penumpang yang dikemukakan kepada kerajaan negeri setiap bulan.

“Peningkatan ‘ridership’ secara konsisten juga dicatatkan setelah kerajaan negeri memperuntukkan subsidi dengan membiayai tambang kepada semua penumpang pejalan kaki warga tempatan bermula 1 Julai lalu.

“Selain itu perkhidmatan ini juga mendapat sambutan baik oleh pengguna kerana lebih selesa, selamat dan cepat berbanding perkhidmatan feri lama,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini bagi menjawab soalan lisan Muhammad Faiz Fadzil (Amanah-Permatang Pasir).

Selepas hampir 130 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ikonik feri yang menghubungkan antara tanah besar dan bahagian pulau negeri ini digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari lalu.

Perkhidmatan tersebut hanya mengambil masa perjalanan kira-kira 10 minit di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dekat sini dengan Terminal Swettenham Pier Cruise di sini berbanding kira-kira 20 minit sebelum ini.

Feri bot laju yang berkapasiti 200 orang itu digunakan bagi tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum diganti dengan katamaran atau bas air yang lebih moden. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI