fbpx

17 kes positif, dua kluster baru dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kluster baharu wabak Covid-19 di negara ini iaitu Kluster MV Glen di Pelabuhan Klang, Selangor dan Kluster Telaga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kes penularan tempatan membabitkan warganegara itu adalah sebahagian daripada 17 kes baharu selain 15 kes import yang dilaporkan hari ini.

Beliau berkata, kes indeks Kluster MV Gen iaitu kes ke-9,286 merupakan seorang kru kapal warga asing dan dilaporkan positif pada 25 Ogos lalu.

“Kes pertama bagi kluster ini merupakan kes import dan mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Seramai lapan orang disaring setakat dengan dua didapati positif dan enam lagi negatif,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Berhubung Kluster Telaga, Noor Hisham berkata, mangsa tidak bergejala dan merupakan kontak rapat kepada kes pertama iaitu kes ke-9,284 yang juga seorang petugas kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah. Kes pertama dikesan positif Covid-19 pada 24 Ogos lalu.

Menurutnya, punca jangkitan masih dalam siasatan namun besar kemungkinan disyaki berpunca dalam kalangan komuniti.

“Kedua-dua kes ini merupakan petugas kesihatan berusia 29 dan 51 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah namun tugasan tidak melibatkan jagaan kes yang disahkan positif Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI