fbpx

Hati penjaga gol KL City sudah ‘ditawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketampanan Kevin Mendoza menambat hati peminat bola sepak tanah air

PETALING JAYA – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) mencipta sejarah menjulang trofi Piala Malaysia buat kali keempat dengan menamatkan kemarau 32 tahun selepas menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Namun, disebalik berita kemenangan itu, penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen atau dikenali sebagai Kevin Mendoza mencuri tumpuan orang ramai dengan kehebatan mengawal gawang serta ketampanan wajahnya.

Rata-rata orang ramai meninggalkan komen yang memuji di Instagram miliknya iaitu kevinraymendoza.

“Ceh aku ingat aku seorang sahaja yang tergoda dengan lelaki ini, rupanya ramai,” kata wanintan_wanayu.

Kevin Mendoza serta isterinya

“Kacak dan banyak menyelamatkan bola, pemain terbaik. Anggap ini ‘button’ like,” ujar najminajhan_

Namun ada juga yang ‘patah hati’ setelah mengetahui beliau sudah mempunyai isteri

“Diorang punya perhubungan dari tahun 2013 lagi, sudah lah balik lah wehh, aku pun belum lahir lagi waktu itu,” seloroh husnaabdullah.

“Sudah-sudah move on lah, gadis-gadis Malaysia,” kata miera05_zulkeflee. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI