fbpx

Utusan ungguli satu anugerah di HKM MPI-Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kiri) memenangi anugerah kewartawanan kategori Penulisan Kolum / Rencana Pengarang Cemerlang dan membawa pulang wang tunai RM10 000 beserta trofi pada Majlis Malam Wartawan Malaysia (MPI) 2021 yang berlangsung di Hotel Majestic di sini hari ini. FOTO - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Utusan Malaysia terus mengungguli Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2021 apabila dinobatkan pemenang utama bagi Penulisan Kolum, Rencana Pengarang Cemerlang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysian Press Institute (MPI)-Petronas 2020 di Hotel Majestic di sini hari ini.

Laporan yang bertajuk Dr. Mahathir Sukar Dibaca, Kisah Sedih Mara Digital dan Akta Rahsia Rasmi ‘lawan’ Screenshot hasil penulisan Pengarang Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil itu berjaya membawa pulang hadiah RM10,000 beserta sijil dan trofi.

Sementara itu, Malaysian Press Institute dalam satu kenyataan berkata, seramai 228 pengamal media menyertai acara tahunan itu walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding tahun 2019.

“Mulai HKM 2020, hadiah kepada pemenang dikenali sebagai Pemenang Emas, Pemenang Perak dan Pemenang Gangsa. MPI juga memperkenalkan trofi baharu untuk pemenang emas bagi menggantikan trofi sebelum ini.

“MPI sangat berbesar hati tahun ini apabila PETRONAS bersetuju untuk menaja HKM bagi tempoh tiga tahun lagi dengan kuantum kekal sebanyak RM300,000,”kata kenyataan itu. K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI