PETALING JAYA – Bekas Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Mohd. Tap, 72, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.15 petang tadi.
Kosmo! difahamkan punca kematian Allahyarham belum dikenal pasti dan ia bukan kerana Covid-19.
Sebelum ini, Mohd. Tap memegang jawatan sebagai Presiden Institut Integriti Malaysia selama tujuh tahun sebelum bersara pada 30 November 2015.
Allahyarham juga sebelum ini juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan adalah merupakan salah seorang anggota dalam Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.-K! ONLINE