fbpx

ATAS ingin menerajui penyelidikan teknologi pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Augustine Ong (dua kiri) diiringi Dr Jean-Marc Roda (dua kanan) menunjukkan dokumen yang ditandatangani bagi sesi memorandum persefahaman (MOU) antara Persatuan Akademi Sains Pertanian Tropika (ATAS) dengan Pembangunan Pertanian Antarabangsa (CIRAD).

KUALA LUMPUR – Persatuan Akademi Sains Pertanian Tropika (ATAS) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Antarabangsa (CIRAD) bagi memastikan pertanian di negara ini terus berkembang.

Patron ATAS, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Syed Jalaludin Syed Salim berkata, beliau berharap dengan kerjasama ini ATAS dapat menerajui penyelidikan pertanian tropika dan membangunkan amalan inovatif terkini untuk pelbagai teknologi pertanian di negara ini.

“Dengan kerjasama ini ATAS berharap dapat meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk penyelidikan pertanian tropika, pengeluaran makanan, inovasi teknologi pertanian dan pembangunan keusahawanan.

“Jalinan kerjasama bersama CIRAD bertujuan bagi pelaksanaan metodologi teknologi sains yang inovatif, saya yakin bahawa kita akan dapat meningkatkan pengeluaran makanan untuk eksport, yang kemudiannya akan meningkatkan ekonomi negara kita,” katanya dalam satu majlis menandatangani MoU bersama CIRAD.

Manakala, Pengarah Serantau bagi Negara-negara Pulau Asia Tenggara CIRAD, Dr Jean-Marc Roda, berkata, kerjasama MoU bersama ATAS ialah bertujuan untuk membangunkan program kerjasama khususnya bagi teknologi pertanian.

“Walaupun CIRAD mempunyai kerjasama yang sudah lama terjalin di dalam Malaysia mengenai komoditi pertanian utama, iaitu kelapa sawit, hutan, produk kayu, biojisim tetapi kerjasama bersama ATAS ini adalah untuk merangka tumpuan bagi peralihan agroekologi, sistem makanan, perubahan iklim, dan pendekatan berasaskan setempat, dengan tumpuan untuk petani kecil dan komuniti mereka,” katanya.

ATAS ialah sebuah organisasi kebangsaan untuk penyelidik pertanian, saintis, ahli akademik, usahawan, pengamal petani, ahli NGO pertanian dan orang lain yang terlibat dalam pertanian tropika. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI