fbpx

Ops Menu : Empat pengusaha premis makanan Terengganu dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (dua dari kanan) melakukan pemeriksaan sempena Ops Menu di sebuah restoran di Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengeluarkan empat kompaun kepada pengusaha premis makanan di negeri ini sejak pelaksanaan Ops Menu pada 6 November lalu.

Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, kompaun itu dikeluarkan ke atas premis makanan di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Dungun.

“Empat kes dalam Ops Menu yang bertujuan mengekang manipulasi harga dan timbangan terbabit melibatkan kompaun berjumlah keseluruhan berjumlah RM1,000.

“Dua premis makanan dikompaun kerana gagal meletakkan tanda harga manakala dua lagi didapati menggunakan timbangan yang tidak sah bagi tujuan perdagangan,” katanya selepas mengetuai Ops Menu di sekitar Seberang Takir di sini hari ini.

Saharuddin berkata, setakat ini, sebanyak 346 restoran dan kedai makan di seluruh Terengganu telah diperiksa penguat kuasa KPDNHEP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI