fbpx

Abdul Fattah dipilih Naib Presiden ICA-AP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah

PETALING JAYA – Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden International Cooperative Alliance Asia-Pacific (ICA-AP) atau Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasifik bagi penggal 2022–2026.

Pemilihan itu dibuat melalui pengundian yang dijalankan secara ‘Electronic Voting System’ (EVS) pada Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi Asia Pasifik (ICA-AP) ke-15 yang dianjurkan secara hibrid di Hotel Grand Walkerhill Seoul, Korea Selatan.

Abdul Fattah yang juga merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) berkata, pemilihan tersebut menunjukkan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap koperasi di Malaysia.

“Pemilihan ini menunjukkan masyarakat antarabangsa percaya dengan kepimpinan gerakan koperasi di Malaysia yang dilihat progresif, sistematik dan berdaya maju.

“Melalui mandat yang diberikan ini, Angkasa akan memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama strategik antara negara dan meneroka sektor baharu yang boleh disertai oleh gerakan koperasi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, koperasi yang berpotensi untuk meluaskan pasaran perlu bersama Angkasa untuk mengatur strategi dan membuat perancangan yang teliti supaya usaha menembusi pasaran luar negara dengan lebih agresif dapat direalisasikan.

“Saya akan berkhidmat sebaik mungkin untuk membawa suara gerakan koperasi negara di peringkat global menerusi platform ACO.

“Saya yakin gerakan koperasi akan dapat bergerak seiring dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025, Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030) serta agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang bukan sahaja memakmurkan sosiekonomi anggotanya malah kepada masyarakat secara keseluruhan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI