fbpx

Koleksi gaun indah inspirasi puteri Disney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pereka menggunakan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan busana-busana yang diinspirasikan daripada puteri-puteri Disney.

BERSEMPENA dengan sambutan Ultimate Princess di Malaysia, Disney mengumumkan lapan orang pereka tempatan untuk mencipta koleksi yang diilhamkan daripada puteri-puteri wirawati Disney bagi mengutip dana buat pertubuhan Make-A-Wish.

Lapan pereka tersebut ialah Alia Bastamam, Celest Thoi, Fiziwoo, Innai Red, Khoon Hooi, Melinda Looi, Mimpikita and Variante yang mana masing-masing menghasilkan 12 gaun bespoke bertemakan puteri Disney.

Setiap rekaan menonjolkan semangat berani puteri-puteri itu dengan gaya menawan dan keperibadian unik mereka seperti Cinderella, Moana, Elsa, Jasmine, Rapunzel, Belle, Snow White, Ariel serta Pocahontas.

WATAK Belle daripada Beauty and the Beast disuntik sedikit interpretasi tempatan.

Puteri-puteri itu bukan sahaja miliki rupa paras jelita, gaya menawan dan busana-busana cantik tetapi semangat perjuangan serta keberanian mereka memberi inspirasi kepada kanak-kanak.

Celest Thoi misalnya menampilkan gaun yang cukup indah diinspirasikan daripada Cinderella, Innai Red tampil dengan busana yang diberikan suntikan tempatan bagi watak Belle, manakala Alia Bastamam memperincikan gaya signatur Pocahontas.

Acara tersebut mendapat sokongan padu daripada Royal Patron of Make-A-Wish Malaysia, Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Di peringkat global, Disney telah bekerjasama dengan Make-A-Wish selama 40 tahun dan telah menunaikan lebih 145,000 impian yang telah banyak mengubah hidup kanak-kanak berpenyakit kritikal seluruh dunia.

Koleksi itu akan dilelong pada Disember ini dan hasil jualan tersebut disumbangkan ke dalam tabung Make-A-Wish Malaysia.

Orang ramai boleh membuat pendaftaran lelongan gaun koleksi puteri Disney itu bermula 17 November sehingga 8 Disember 2021 di laman web makeawish.org.my/#disney.

“Kisah-kisah puteri terunggul ini sangat dekat di hati saya kerana benar-benar menjadi pegangan untuk memberi kekuatan kepada diri agar tidak gentar hadapi cabaran, berbudi pekerti serta pelbagai lagi sikap positif.

GAUN indah penuh elemen khayalan ini diinspirasikan daripada Cinderella.

“Ramai antara kita yang membesar dengan puteri Disney dan kisah mereka kekal dikenang untuk terus memberi motivasi serta inspirasi di seluruh dunia,” ujar Tengku Zatashah.

Dalam pada itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar Produk Pengguna Asia Tenggara, India dan MENA The Walt Disney Company, Dan Dossa menyuarakan kekagumannya dengan sambutan Ultimate Princess itu.

“Kisah dan keperibadian unggul itu memberi inspirasi kepada pereka-pereka terkemuka Malaysia bagi menghasilkan busana indah untuk membantu Make-A-Wish menunaikan hasrat kanak-kanak yang kurang bernasib baik di serata dunia,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI