fbpx

Sisa plastik pandemik ancam kehidupan marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISA plastik yang dibuang ke laut memberi kesan kepada ekosistem hidupan marin.

SISA plastik yang terhasil daripada pandemik Covid-19 seberat 25,900 tan atau bersamaan dengan lebih 2,000 bas dua tingkat telah dibuang ke laut.

Penyelidik berkata, akibat salah diurus, sisa plastik terdiri daripada peralatan perlindungan diri seperti pelitup muka dan sarung tangan yang digunakan jauh melebihi keupayaan sesebuah negara untuk memprosesnya dengan betul.

Sejak awal wabak itu melanda dunia, dianggarkan 8.4 juta tan sisa plastik dihasilkan oleh 193 negara.

Seorang penyelidik daripada Universiti Nanjing, China, Yiming Peng, pandemik menyebabkan peningkatan permintaan untuk plastik sekali pakai.

Ini katanya, meningkatkan tekanan terhadap masalah sisa plastik global yang sudah di luar kawalan.

“Plastik yang dilepaskan boleh tersebar dalam jarak jauh di lautan dalam berpotensi memberi kesan kepada hidupan liar marin,” jelasnya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mac lalu, dilaporkan seekor ikan terperangkap dalam sarung tangan perubatan ditemui semasa pembersihan terusan di Leiden, Belanda.

Selain itu, turut ditemui pelitup muka dalam perut penguin Magellan yang mati di Brazil.

Para saintis meramalkan, menjelang akhir abad ini, hampir semua plastik yang berkaitan dengan pandemik akan ‘berakhir’ sama ada di dasar laut atau di tepi pantai.

Kajian juga mendapati, sebanyak 46 peratus daripada sisa plastik yang salah diurus datang dari Asia.

Ini disebabkan tahap pemakaian pelitup muka yang tinggi oleh individu di sana, diikuti Eropah (24 peratus) dan Amerika Utara dan Amerika Selatan (22 peratus).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI