fbpx

Kenapa ramai orang Malaysia kejam terhadap saya – Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL turut berkongsi dia telah menemui sebuah kediaman mewah yang bakal menjadi tempat tinggalnya di Indonesia.

PETALING JAYA – “Di Indonesia saya aman.”

Begitulah luahan penyanyi dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli apabila membandingkan sokongan yang diterima di negara seberang berbanding di tanah kelahiran sendiri.

Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi usawahan kosmetik Datuk Seri Vida turut mempersoalkan mengapa terdapat segelintir rakyat Malaysia kerap mempertikaikan setiap perkara yang dilakukannya.

“Mengapa masih ramai orang Malaysia yang kejam dengan saya? Tidakkah ada sedikit rasa belas kasihan, di Indonesia saya aman.

“Saya amat bersyukur jika ada sokongan kerana ketika ini saya perlukan semangat yang telah hilang. Saya tidak pernah berada dalam situasi ini,” luahnya dalam satu entri Instagram.

Menerusi perkongsian sama, pelantun lagu Hujan itu menegaskan apa yang dipaparkan kepada umum ketika hanyalah cerita luaran dan bukanlah realiti sebenar yang dihadapinya selama ini.

“Apa yang anda lihat hanyalah cerita luaran. Saya juga telah mengakui kesilapan sebelum ini, terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang tidak henti-henti memberi semangat walaupun saya tahu bukan mudah,” katanya lagi.

Dalam video yang dimuat naiknya, Iqbal turut menyanyikan sebuah lagu milik Datuk Seri Rossa berjudul Untuk Apa Bertahan bersama penyanyi Indonesia, Azzahra Banilia.

“Dari Malaysia saya sudah dengar lagu ini. Semalam, hampir bergaduh dengan pengurus saya kerana meminta dia mencari @azzahrabnl untuk melayan kemahuan saya. Ini kerana lagu tersebut sama seperti situasi dialami sekarang,” ujarnya lagi.

Perkongsian Iqbal semakin mengundang pelbagai cemuhan netizen bahkan ada yang menyamakan dirinya dengan seorang lagi usahawan sensasi, Sajat yang lari ke Australia akibat penerimaan negatif Malaysia terhadap dirinya.

Dalam hantaran berbeza, Iqbal turut berkongsi keberadaannya di sebuah kediaman mewah terletak di Jakarta yang didakwa bakal menjadi tempat tinggalnya di Indonesia.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi lanjut mengenai rumah baharunya itu.

Sebelum ini, dia mengambil keputusan untuk membawa diri dan akan tinggal di Indonesia buat sementara waktu atas alasan mencari ketenangan selain urusan kerja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI