fbpx

Penerima Anugerah Canselor tuju kejayaan buat arwah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Alia Farisha bersama ahli keluarganya selepas menerima Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-19 USIM, hari ini.

SEREMBAN – Suasana Majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertukar sedikit hiba apabila seorang penerima Anugerah Canselor mengaitkan kejayaannya dengan semangat bapanya yang meninggal dunia akibat lumpuh.

Nur Alia Farisha Jemangin, 23, graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan Kepujian Kelas Pertama memberitahu, bapanya, Jemangin Maidi meninggal dunia ketika dia di tahun keempat pengajian.

“Saya rapat dengan keluarga terutama arwah ayah dan saya berulang-alik dari Nilai ke Kuala Lumpur pada setiap minggu ketika ayah mula lumpuh. Ayah meninggal dunia pada tahun keempat saya melanjutkan pelajaran di sini.

“Kejayaan ini saya khusus buat ayah yang sering memberi semangat dan galakan untuk saya menceburi bidang undang-undang ini. Alhamdullilah, berkat doa semua saya berjaya mendapat ijazah kelas pertama hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai di sini hari ini.

Nur Alia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu menjelaskan, selepas lima tahun melanjutkan pelajaran, dia kini sedang menjalani latihan dalam kamar selama sembilan bulan sebelum bergelar peguamcara dan peguambela.

“Saya sedang menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma guaman dan berhasrat menjadi peguam satu hari nanti,” katanya.

Ketika ditanya langkah yang diambilnya bagi menghadapi cabaran suasana pembelajaran ketika pandemik Covid-19, Nur Alia menjelaskan dia sering bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak memahami sesuatu subjek. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI