fbpx

Tiada pekerja asing sektor perladangan dibawa masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan setakat ini belum ada pekerja asing dalam sektor perladangan sudah dibawa masuk ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kemungkinan ramai salah faham mengenai laporan berita yang menyatakan kononnya 32,000 pekerja asing terbabit telah masuk untuk bekerja di Malaysia.

“Kita setakat ini belum lagi mengambil mana-mana pekerja asing, mungkin ada keliru walhal ketika ini kerajaan giat membuat pemutihan pekerja haram sehingga akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan secara rasmi Pusat Satelit Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat di aras tiga, balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Sumber Manusia akan membenarkan sejumlah 32,000 pekerja luar negara bagi menampung keperluan kritikal sektor perladangan tempatan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, setakat kelmarin sahaja, seramai 280,088 pekerja asing sudah mendaftar dalam skim Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) sejak dilancarkan tahun lalu.

“Inilah jumlah sebenar warga asing bekerja di Malaysia dengan ada majikan sah, manakala yang lain adalah tanpa izin dan mereka kena pulang sebelum akhir bulan depan,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa daripada yang berdaftar untuk RTK, sejumlah 120,000 individu itu terlibat dalam sektor perladangan selepas menyertai pemutihan secara besar-besaran. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI