fbpx

Mejar Mohd Fareez dalam keadaan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mejar Fareez (kanan) dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Juruterbang yang cedera dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 16 November lalu dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang berkata, keadaan Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, atau Fareez semakin pulih cuma perlu dipantau rapi oleh pihak hospital ekoran kecederaan parah pada bahagian tulang belakang.

“Masa serta tarikh untuk Fareez dibenarkan keluar dari hospital masih belum dapat ditentukan kerana keadaannya yang kritikal selepas kemalangan dan masih perlu dipantau,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi MyVeteranMall yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, jelas beliau, jawatankuasa khas masih menjalankan siasatan terhadap pesawat yang terhempas itu sebelum melakukan sebarang tindakan susulan.

“Semua perkara itu memerlukan masa untuk penelitian secara menyeluruh,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah pesawat Hawk 108 milik TUDM dilaporkan terhempas di Pangkalan Udara Butterworth ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan pada 16 Novermber lalu.

Insiden tragik itu menyebabkan juruterbang yang juga rakan kepada Fareez, Kapten Mohamad Affendi Bustamy terkorban dalam nahas terbabit di tempat kejadian.

Dalam pada itu, ujarnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melakukan persiapan di setiap zon dan lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu di semua kawasan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI