fbpx

ESC keluar pas ekspatriat 1 minit berbanding 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (tengah) ketika melancarkan pembukaan premis ESC di aras tiga, balai ketibaan KLIA, dekat sini hari ini. /FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) hari ini melakar sejarah apabila mampu memproses Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pegawai dagang asing hanya dalam tempoh seminit.

Kejayaan itu turut mendapat pujian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sambil menyifatkan tempoh tersebut paling pantas di dunia berbanding sebelum ini 30 hari.

“Insya-Allah, memang cepat dan tadi saya kebetulan uji melibatkan seorang ekspatriat sebuah kilang pembuatan besi, segalanya siap lengkap dalam seminit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan secara rasmi pembukaan premis Pusat Satelit ESD (ESC) di aras tiga, balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Turut hadir menyaksikan program ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Pewujudan ESC pertama di negara ini membolehkan ekspatriat terus dapat bekerja di negara ini setelah tiba di KLIA dengan diberi pelekat pas imigresen tanpa perlu menunggu tempoh sebulan.

Sebaliknya, individu itu hanya perlu mendapat surat kelulusan pas tersebut daripada kedutaan Malaysia di luar negara dan majikan sudah membuat bayaran pemprosesan secara atas talian.

Ekspatriat tersebut tidak perlu lagi menunggu majikan membuat janji temu atas talian bagi tempah slot giliran di pejabat imigresen sebelum membayar dan mendapat pelekat pas itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI