fbpx

SKHMP dilaksanakan lebih awal menjelang Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) akan dilaksanakan lebih awal menjelang perayaan Krismas bagi memastikan harga barangan ditawarkan pada kadar yang munasabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya juga akan memanjangkan tempoh SKHMP selain mengumumkan tarikh pelaksanaannya dalam masa terdekat.

“Saya ingin memberikan amaran agar tiada pihak cuba menaikkan harga lebih awal. Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang mengambil kesempatan menaikkan harga susulan kenyataan saya ini.

“Selain itu, KPDNHEP akan terus menggerakkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 premis seluruh negara sebagai langkah mengurangkan aktiviti pencatutan harga,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang menanyakan tindakan KPDNHEP dalam menurunkan kenaikan harga barang ketika ini.

Alexander berkata, KPDNHEP turut komited menggerakkan 2,200 penguatkuasa sedia ada bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti pencatutan harga seterusnya memastikan peniaga kekal menjalankan perniagaan secara beretika.

“Bagi memastikan kenaikan harga barangan disebabkan ketidakcukupan atau ketidakberadaan barangan dalam pasaran, kementerian akan terus menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kementerian juga menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi menangani aktiviti mengambil untung yang tidak munasabah. Di pihak pengguna pula, sekiranya berlaku pengenaan harga tidak munasabah, hak pengguna dibela di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999,” tegasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI