fbpx

3 maut makan daging penyu beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANZANIA, Dar Es Salaam – Tiga beradik didakwa maut selepas makan daging penyu di Pulau Pemba, di sini beberapa hari lalu lapor agensi media Xiahua.

Komander polis wilayah Pemba Utara, Juma Sadi berkata, seramai 22 yang lain juga dimasukkan ke hospital selepas mereka memakan daging penyu pada hari Jumaat.

“Dua daripada yang dimasukkan ke hospital adalah kanak-kanak dan mereka berada dalam keadaan kritikal, kata Sadi sambil menambah daging penyu itu disyaki mempunyai racun.

Pegawai polis itu berkata, sampel daging penyu itu sudah dihantar kepada pihak berkaitan untuk diuji.

Terdapat insiden orang mati selepas makan daging penyu di Pulau Pemba, sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI