fbpx

Budak autisme ditemui tersangkut pada jaring nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis.

KUCHING – Seorang kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang ditemui tersangkut pada jaring nelayan di Kampung Rantau Panjang, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lingang, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Mohamad Rafyy Saibi berkata, mangsa ditemui pada pukul 7.20 pagi di kawasan berdekatan paragon dengan jarak lima kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

“Mayat mangsa dibawa ke Pos Kawalan Bomba bagi pengesahan identiti seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang berusia lapan tahun itu dikenali sebagai Muhammad Ramadhan Muhd Ridhwan,” katanya.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengambil masa selama dua hari dengan bantuan daripada Unit Anjing Pengesan Bomba Sarawak, Unit Dron Bomba Sarawak serta orang kampung.

Terdahulu, seorang kanak-kanak autisme dilaporkan hilang pada 28 November selepas dia dipercayai keluar dari rumah ketika ibu saudaranya sedang mandi. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI