fbpx

Kemenangan City diselubungi salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain City meraikan gol jaringan Gundogan ketika menewaskan West Ham 2-1 pada aksi EPL yang diselubungi salji tebal di Stadium Etihad kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji serta menyifatkan kakitangan sokongan kelab sebagai ‘pemain terbaik’ perlawanan ketika membantu pasukan me­raih kemenangan tipis 2-1 ke atas West Ham United kelmarin.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad itu diselubungi cuaca sejuk hingga menyaksikan permukaan padang dilitupi salji.

Justeru, Guardiola pantas menghamburkan pujian kepada kakitangan sokongan itu yang bekerja gigih bagi memastikan keadaan cuaca tidak menjejaskan pasukan.

“Langsung tidak bimbang. Penjaga padang adalah pemain terbaik untuk perlawanan ini. Mereka melakukan tugas hebat untuk membolehkan kami ­beraksi.

“Kami baru saja mengharungi perlawanan sukar berdepan PSG (dalam saingan Liga Juara-Juara) dan kami juga tahu pasukan yang kami hadapi kali ini.

“Menerusi apa yang sudah dilakukan pemain dan prestasi dipamerkan secara keseluruhan, ia adalah keputusan yang hebat buat kami.

“Kami tidak akan melepaskan jaringan. Mungkin kami boleh mencari rentak permainan berbeza, namun cuaca tidak membenarkan kami melakukannya,” kata Guardiola.

Keputusan itu adalah kemenangan kelima berturut-turut buat The Citizens sepanjang November dan pasukan berkenaan seharusnya berterima kasih kepada jaringan Ilkay Gundogan dan Fernandinho yang masing-masing meledak satu gol pada aksi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI