fbpx

Tuchel berang kesilapan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan ketika aksi EPL antara Chelsea dan United yang berkesudahan seri 1-1 di Stamford Bridge awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menegaskan, pasukannya sendiri mengha­diahkan gol kepada Manchester United ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

The Blues jelas merupakan pasukan lebih baik pada aksi itu apabila melakukan 23 percubaan, berbanding United yang hanya melakukan tiga percubaan ke arah pintu gol tuan rumah.

Kesilapan yang dilakukan Jorginho pada minit ke-50 membolehkan Jadon Sancho membuka tirai jaringan sebelum Chelsea menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Jorginho 19 minit kemudian.

“Ia (gol United) boleh berlaku dalam bola sepak. Bagaimanapun, ia berlaku dua kali kepada kami termasuk ketika bertemu Burnley sebelum ini. Secara keseluruhan, kami menampilkan aksi lebih baik berbanding United.

“Kami menguasai sepenuhnya perlawanan sejak minit pertama dan sentiasa melakukan sera­ngan demi serangan. Malangnya, kami sendiri yang sendiri yang menyebabkan pasukan lawan dapat jaringkan gol,” kata Tuchel.

Pengendali dari Jerman itu juga mengakui kecewa apabila percubaan pemain pertahanan, Antonio Rudiger pada penghujung perlawanan sekadar melepasi palang kerana beliau me­nganggap ia pe­luang terbaik untuk mendapatkan tiga mata.

“Ia peluang yang cukup baik untuk memenangi perlawanan. Sekiranya ia menemui sasaran, sudah tentu kami boleh tamatkan aksi dengan senyuman, namun kami perlu terima keputusan ini dengan hati terbuka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI