fbpx

United mampu benam Chelsea – Carrick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO (kiri) meraikan jaringan pembukaan hasil kesilapan pemain Chelsea ketika terikat 1-1 pada aksi EPL di Stamford Bridge awal pagi semalam. – AGENSI

LONDON – Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick mendedahkan, beliau pulang dengan kekecewaan selepas mereka sekadar seri 1-1 dengan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Meskipun perlawanan dikuasai sepenuhnya oleh The Blues, namun beliau optimis skuad kendaliannya mampu memenangi perlawanan itu sekiranya Chelsea tidak dihadiahkan sepakan penalti.

Pada perlawanan tersebut, United terlebih dahulu menja­ringkan gol menerusi Jadon Sancho yang bijak mengambil ke­sempatan atas kesilapan Jorginho sebelum pemain Itali itu menebus kesilapan apabila meledak gol penyamaan hasil sepakan penalti.

“Saya akui sangat kecewa dan tidak puas hati dengan keputusan ini. Kami terlebih dahulu menjaringkan gol, namun mereka kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang tidak sepatutnya diberikan.

“Secara keseluruhan, saya fikir kami menampilkan aksi yang cukup baik serta lebih teratur. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kami apabila sekadar pulang dengan satu mata,” kata Carrick.

Dalam pada itu, beliau juga mempertahankan keputusannya meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan kerana me­nganggap ia keputusan terbaik bagi menyesuaikan pasukan dengan taktikalnya.

“Keputusan itu bukanlah di sebabkan oleh arahan pengurus yang akan masuk nanti (Ralf Rangnick). Ia hanyalah percaturan pasukan bagi mendapatkan hasil terbaik daripada taktikal saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI