fbpx

Hati berbunga suami akhirnya pulang ke pangkuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mushaibah memeluk suaminya Muhammad Wafi Akashah yang menyambut harijadinya ke 32 hari ini sebaik tiba dari Singapura setelah lebih 10 bulan tidak pulang di Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Hati seorang suri rumah, Mushaibah Fauzi, 32, berbunga-bunga menyambut kepulangan suami tercinta di Terminal Larkin Sentral semalam setelah hampir setahun tidak bertemu.

Mushaibah setia menunggu di balai ketibaan menantikan suaminya, Muhammad Wafi Akashah, 32, dengan memegang gugusan belon berbentuk hati bagi me­raikan ulang tahun kelahiran suaminya kelmarin.

Katanya, dia berasa gementar bercampur teruja untuk bertemu suaminya yang bekerja sebagai jurutera di Singapura.

“Saya bersyukur apabila suami memberitahu akan pulang ke Johor Bahru hari ini (semalam). Sebaik pengumuman VTL-Darat, dia terus membeli tiket pulang.

“Bagi meraikan berita gembira itu, suami meminta saya menyediakan makanan kegemarannya iaitu laksam. Dia sudah lama te­ringin menikmati menu itu hasil air tangan saya.
“Kepulangan suami juga tidak diketahui oleh tiga anak kami. Suami mahu membuat kejutan buat mereka apabila pulang ke rumah,” katanya yang merancang untuk bercuti bersama-sama di Desaru dalam masa terdekat.

Bagi seorang pemuda, Kavin Raj Gunalan, 24, pula berkata, dia juga membuat kejutan kepada keluarganya di Nusajaya dekat sini dengan tidak memaklumkan kepulangannya.

“Sebenarnya saya mahu memberi kejutan kepada ibu dan nenek, apatah lagi saya tidak dapat pulang ketika sambutan Deepavali baru-baru ini.

“Sudah tentu saya tak sabar-sabar untuk bertemu nenek dan keluarga. Saya juga mengambil cuti selama tiga bulan bagi menghabiskan masa sepuas-puasnya bersama keluarga sebelum kembali ke Singapura.

“Menu pertama yang saya teringin adalah menikmati nasi lemak dan teh tarik,” ujarnya.

Sebelum ini, Kosmo! sering melaporkan mengenai nasib le­bih 100,000 pekerja Malaysia yang ‘terkandas’ di Singapura sejak pelaksanaan PKP.

Sejak ‘terkandas’ di Singapura, terdapat pekerja Malaysia di sana yang terpaksa bercerai gara-gara pasangan main kayu tiga.

Segelintirnya pula menjadi gelanda­ngan akibat tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi sehingga cenderung untuk membunuh diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI