fbpx

Sarung baju-t wira frontliner tanda terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru kedai air sarbat di Lebuh Tamil, George Town mengenakan baju bertemakan Hari Kebangsaan hari ini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Peniaga ais tingkap atau sarbat di Lebuh Tamil di sini mencipta kelainan apabila mengabadikan gambar wira petugas barisan hadapan pada baju-t sempena Sambutan Hari Kemerdekaan esok.

Mohamed Almi Seeni Mohamed, 33, berkata, idea pemakaian baju-t kain kapas dengan lukisan petugas ‘frontliner’ adalah sebagai tanda terima kasih kepada individu yang bertungkus-lumus dalam menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Menurutnya, ini adalah sumbangan rakyat kepada anggota pasukan polis, askar, bomba, kakitangan kesihatan dan lain-lain yang terlibat dalam usaha menghentikan penularan wabak tersebut.

“Setiap tahun kami menyarung baju-t bertemakan Hari Kebangsaan dan Bendera Malaysia tetapi kali ini agak berlainan apabila kami memilih untuk memakai baju-t kain kapas dengan lukisan wajah petugas barisan hadapan.

“Sebanyak 100 helai baju-t telah dicetak dan dipakai lima kakitangan di gerai yang beroperasi sejak 101 tahun lalu termasuk untuk dijual kepada pelanggan sebagai tanda kenangan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, baju-t keluaran baharu itu dipakai pengusaha dan kakitangan premis mulai hari ini dan akan dijual di gerai ais tingkap pada harga RM60 sehelai.

“Pelanggan yang berkunjung ke gerai ini bukan sahaja berpeluang merasai kenikmatan minuman air sarbat warisan turun-temurun tetapi dapat mengabadikan kenangan mereka dengan pembelian baju-t sebagai cenderamata,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI