fbpx

Kutip 21 tan sampah dalam masa 29 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid gigih mengutip timbunan sampah sarap yang dihanyutkan di Sungai Tebrau berhampiran Kampung Bakar Batu, Johor Bahru sehingga menyakitkan mata.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berjaya mengutip kira-kira 21,600 kilogram (kg) atau 21.6 tan sampah sejak 1 November lalu sehingga semalam di Sungai Tebrau, Bakar Batu di sini.

Kerja-kerja membersihkan su­ngai yang dipenuhi sampah sarap sehingga mencemarkan kualiti air itu giat dilakukan seorang pekerja pembersihan, Hamid Yusuf, 50-an, setiap hari.

Menurut Hamid, isu Sungai Tebrau berhampiran Kampung Bakar Batu, di sini itu bukanlah isu baharu bahkan sudah berlarutan puluhan tahun lalu di­sebabkan sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

“Keadaan sungai ini bertambah buruk ketika kejadian air pasang apabila lebih banyak sampah sarap dihanyutkan ke kawasan ini.

“Bagi menghalang sampah sarap itu hanyut, kita telah memasang ‘boom’ atau perangkap sampah merentangi sungai sepanjang kira-kira 50 meter.

“Apabila sampah terperangkap di situ saya akan menarik ‘boom’ itu ke tebing dan memudahkan mengutipnya,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, keadaan sungai itu semakin bersih daripada sampah sarap selepas usaha tersebut dijalankan.

“Setiap hari dua hingga tiga tong sampah jenis roro digunakan untuk mengangkut sampah seberat kira-kira 800kg dari sungai.

“Kalau sebelum ini permukaan sungai dipenuhi dengan sampah tetapi kini semakin bersih. Kerja-kerja pembersihan mesti dilakukan secara berterusan agar tiada lagi timbunan sampah hanyut,’’ ujarnya.

Tinjauan Kosmo! di Sungai Tebrau mendapati, keadaannya bertambah baik dan sampah semakin berkurang berbanding ketika mula-mula membuat liputan sebulan lalu.

Hamid berharap kawasan persekitaran dan persisiran Sungai Tebrau di kawasan Bakar Batu ini dinaik taraf menjadi kawasan riadah untuk kegunaan masyarakat setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI