fbpx

Final Piala Malaysia penutup gemilang buat Shukor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUKOR (kanan) mengumumkan persaraannya sebaik sahaja tamat final Piala Malaysia malam esok pada sidang akhbar di Bilik Media Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini. - FARIZ RUSADIO

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

PEMAIN berpengalaman Kuala Lumpur City FC (KL City), Shukor Adan cukup berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukannya yang ‘menghadiahkan’ penutup gemilang dalam kariernya.

Aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok menjadi aksi terakhir Shukor dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

“Apa yang berlaku di Melaka (aksi separuh akhir Piala Malaysia), pemain dan jurulatih bermain untuk saya. Ini benda paling berharga kepada saya.

 “Ini masa terbaik untuk saya umumkan persaraan. Tidak dapat dinafikan rasa sedih selepas hampir 24 tahun tenaga saya curahkan dalam bola sepak.

 “Ini detik paling terbaik untuk berhenti,” katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Bilik Media Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai pencapaian KL City musim ini, Shukor nyata tidak percaya dan menyifatkan penampilannya kali ini melengkapkan sejarah hebat kariernya.

“Tidak ada apa yang mahu dikenangkan dalam bola sepak. Yang lepas biarlah lepas tetapi saya bersyukur semua orang mendoakan saya hingga sampai ke tahap ini.

 “Dalam umur 42 tahun, tidak sangka pula dapat ke final. Satu benda saya capai di penghujung karier. Main atau tidak, saya tetap rasa bangga dengan KL City,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI