fbpx

Esha Gupta enggan berubah demi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESHA GUPTA

PELAKON jelita Esha Gupta mengakui masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana masih belum menemui calon suami yang sesuai.

Ujar pelakon berusia 36 tahun itu, dalam keluarganya, kaum wanita dilihat lebih berjaya berbanding lelaki.

Justeru, Esha telah dididik sejak kecil untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada kaum lelaki.

“Dalam keluarga saya, wanita lebih berjaya berbanding lelaki. Jika saya berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan kemudian ditinggalkan, saya tidak mahu hidup saya selepas itu ditanggung bekas suami.

“Saya mahu memiliki sesuatu untuk menyara diri sendiri,” ujarnya.

Bintangi filem Raaz 3D bertegas, dia memerlukan seorang lelaki yang boleh menyokong apa sahaja yang dilakukannya dan tidak mengubah siapa dirinya.

“Selepas berkahwin, saya juga tidak mahu menukar nama keluarga,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI