fbpx

Moonbyul pernah jadi pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOONBYUL

SEIRING kematangan usia, penyanyi Moonbyul mengakui dirinya melalui perubahan ketara berbanding ketika awal debut suatu waktu dahulu.

Perubahan personaliti dan sikapnya mula berubah apabila dia yang dahulu­nya seorang pemalu kini bertukar menjadi seorang yang sangat mesra dengan orang sekeliling.

“Sekarang, kemahiran sosial saya sudah baik dan saya mampu berbual bebas dengan orang yang tak pernah saya jumpa sebelum ini. Maknanya saya dah lakukan yang terbaik,” katanya ketika muncul dalam program Studio Moon Night awal tahun lalu.

Pada masa sama, anggota Mamamoo itu mendedahkan, dia pernah berasa terkongkong semasa bersama sebagai sebuah kumpulan.

“Susah nak tonjolkan diri kalau dalam kumpulan. Ada masanya, saya sangat risau dan jadi memberontak apabila berdepan situasi yang membuat saya berbelah bahagi.

“Sampaikan ketika itu, ada masanya saya memberontak. Tapi sekarang, saya fikir, fasa tersebutlah yang membina saya pada hari ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI