fbpx

Lima peniaga jual sayur mahal dikenakan notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Melaka memeriksa kadar harga sayur yang dijual peniaga di pasar awam, hari ini.

MELAKA – Lima peniaga sayur dikenakan notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri selepas dikesan menjual makanan keperluan itu pada harga mahal.

Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar berkata, notis itu telah dikeluarkan dalam operasi yang telah dijalankan oleh pegawai dan anggota pemantau di sekitar daerah Melaka Tengah, sejak Sabtu lalu.

“Dalam tempoh tiga hari pemantaun harga sayur ini, kita telah mengeluarkan lima notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) dalam Op Sayur.

“Kesemua notis itu keluarkan kepada peniaga yang dikesan menjual sayur pada harga mahal dan siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengesan sekiranya wujud elemen pencatutan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam operasi tersebut pihaknya mengesan berlaku peningkatan harga jualan sayur secara mendadak mencecah 66 peratus.

“Ada peniaga yang memberi alasan terpaksa menjual sayur pada harga mahal kerana bekalan didapatkan daripada pihak ketiga.

“Bagaimanapun, kali ini kita tidak berkompromi dan dalam masa lima hari mereka perlu memberi maklum balas serta sebab mengenai kenaikan tersebut atau akan tindakan akan dikenakan jika gagal berbuat demikian,” katanya.

Ujarnya, sehingga hari ini pihaknya telah menggerakkan seramai 70 anggota penguat kuasa bagi menjalankan pemeriksaan harga sayur dan barangan keperluan lain di pasar awam, pasar borong, pasaraya dan kedai runcit.

Dalam pada itu, Norena memberitahu, selain Op Sayur, pihaknya juga menjalankan Op Menu bagi mengesan sekiranya terdapat kenaikan harga makanan di restoran mahupun kedai makan komersial.

“Sebagai negeri pelancongan, kita tidak mahu ada peniaga kedai makan yang mengambil kesempatan menjual makanan pada harga terlalu mahal sehingga membebankan pelancong,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI