fbpx

Bomba puji lelaki tular bantu padam api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang tular memadam kebakaran sebuah panel elektrik di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan semalam.

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memuji tindakan seorang lelakiu menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran sebuah panel elektrik di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, semalam.

Kejadian pukul 3.30 petang itu tular di media sosial yang memaparkan keberanian seorang lelaki berusia lingkungan 40-an untuk membantu sebelum ketibaan bomba.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati kebakaran elektrik itu melibatkan panel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, sepasukan tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pukul 3.31 petang.

“Setibanya di lokasi, kebakaran itu didapati masih terkawal dan dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 10 minit.

“Kita dimaklumkan pemadaman kebakaran itu turut dibantu seorang lelaki yang bertindak lebih awal sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Norazam, pihaknya kemudian menyerahkan kepada TNB untuk tindakan lanjut selepas operasi tersebut selesai.

Kata beliau, pihaknya menghargai keprihatinan lelaki itu yang dipercayai mengambil alat pemadam api di premis berdekatan untuk memadamkan kebakaran terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI