fbpx

Tak tahan rindu lelaki gali kubur isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan lelaki itu dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis yang pergi ke kawasan kubur tersebut bagi menghentikan perbuatannya. – Istimewa

JAKARTA – Gara-gara tidak tahan menanggung rindu, seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur bertindak menggali kubur isterinya yang baru sebulan meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut dilihat sedang menggali kubur isterinya menggunakan cangkul.

Dia dikatakan masih tidak dapat mempercayai bahawa isteri yang amat dicintainya telah ‘meninggalkannya’. 

“Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur,” demikian tulis keterangan dalam video tersebut.

Tindakan lelaki itu bagaimanapun dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis yang pergi ke kawasan kubur tersebut bagi menghentikan perbuatannya.

Sementara itu, menurut laporan laman berita Tribun News, tindakan lelaki itu bukanlah kali pertama  kerana dia turut melakukan perkara yang sama pada hari ketujuh kematian isterinya.

Lelaki berkenaan juga  dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian.

Ketika polis tiba, dia dilaporkan telah menggali sedalam 80 sentimeter.

Video lelaki tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai tindakannya.

“Gara-gara menonton video ini, saya menjadi bertambah sayang kepada isteri. Susah dan senang selalu bersama. Semoga kami dapat sehidup semati,” komen seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN