fbpx

Sarawak negeri penerima dos penggalak tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 602,180 penduduk dewasa di Sarawak telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 menjadikan negeri tersebut sebagai penerima paling tinggi di negara ini setakat Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, Sarawak juga merupakan negeri pertama yang melaksanakan dos penggalak dan dos tambahan bermula pada 13 Oktober lalu.

“Kadar sasaran pemberian dos penggalak di Sarawak ialah 2,042,700 individu,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) berhubung perkembangan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi negeri Sarawak dan Parlimen Igan.

Menjelas lanjut, bagi liputan vaksin di Sarawak sehingga 27 November lalu, sebanyak 75 peratus penduduk negeri itu sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

“Ia juga meliputi 91.1 peratus penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas dan 85.9 peratus bagi golongan remaja.

“Bagi Parlimen Igan, sejumlah 86.9 peratus penduduk di kawasan itu telah menerima dos lengkap vaksin setakat 25 November lalu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI