DRESS shoes atau kasut khusus untuk acara formal dan semi-formal dikenali sejak awal abad ke-20.
Tradisi pemakaian kasut itu dimulai di benua Eropah khususnya oleh golongan intelektual Itali dan Inggeris.
Kasut acara formal tersebut hingga kini menjadi pilihan lelaki kerana rekaan dan material atau bahan yang digunakan cukup versatil dan timeless.
Material yang digunakan dalam pembuatan dress shoes juga pelbagai seperti kulit, suede dan kanvas.
Kini ada juga yang menggayakannya untuk penampilan smart casual.
Pembuatan dress shoes yang berkualiti menjamin hasil yang terbaik bagi pilihan anda.
Secara amnya, ada empat jenis kasut formal yang wajib ada dalam almari lelaki yang pentingkan keterampilan dalam gaya berpakaian iaitu oxford, derby, monk strap dan brogue.
1.Brogue
Kasut jenis brogue mempunyai elemen rekaan seperti lubang kecil menghiasi bahagian luar kasut. Material digunakan bagi kasut jenis ini adalah saturated leather.
Sebelum mencuba kasut yang mahu dibeli, minta ukur tapak kaki dahulu.
Anda mungkin rasa tahu saiz kaki, tetapi mungkin juga tidak kerana kadangkala saiz kasut berbeza antara satu jenama dengan yang lain.
Apabila menyukai rekaan kasut tertentu dan mahu mencuba, pastikan memakainya sambil berjalan-jalan di sekitar kedai tersebut.
Dengan cara inilah, kita boleh rasakan keselesaan kasut. Beli beberapa pasang kasut dan pakai bergilir-gilir supaya tahan lama.
Pastikan kasut sentiasa bersih dan kilatkannya selalu (jika perlu).
2.Olahraga
Kasut jenis derby pernah dikenali sebagai kasut khusus untuk aktiviti olahraga atau kegiatan berburu.
Seiring perkembangan era fesyen kontemporari, kasut derby berkembang menjadi kasut semi-formal, tetapi masih mengekalkan siluet sporty seperti awal kemunculannya.
Gayakan padanan kasut derby dan briefcase rona serupa untuk lebih kelihatan bergaya.
Material suede dalam rona coklat gelap (dark brown) paling popular serta menjadi pilihan lelaki yang pentingkan gaya.
3. Monk strap
Kasut jenis monk strap sangat unik kerana gabungan elemen oxford dan derby dalam rekaannya dan selalu hadir dalam edisi dual fabrics.
Ia tidak mempunyai tali, tetapi mempunyai elemen seperti tali pinggang, yang mana terdapat penyangkuk atau kancing logam berfungsi sebagai pengikat kasut.
Dengan siluet klasik, kasut monk strap memperlihatkan sisi formal pada gaya lelaki yang memakainya.
4.Kasut oxford hitam
Kasut oxford mulanya dikenali institusi pendidikan Inggeris dan para siswa dikenali sebagai Oxfornians memakai kasut ini untuk acara tertentu di kampus.
Pastikan anda memiliki kasut oxford dalam rona hitam kerana ia cukup segak digayakan dengan sut sebagai pelengkap penampilan.
———————————————————————————————————————————————–
FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.