fbpx

Ebit kembali turun padang, santuni pemuda kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit menghulurkan bantuan kepada Hock Kian Siong

PETALING JAYA- Setelah beberapa minggu tiada di Malaysia berikutan mengerjakan ibadah umrah dan bercuti bersama keluarga, penceramah terkenal Ebit Lew kembali turun padang mengubat ‘duka lara’ rakyat.

Terbaru, Ebit kembali menjalankan tugas sebagai ‘hero’ kebajikan rakyat Malaysia apabila menyantuni seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas tidak mempunyai pekerjaan.

Menerusi hantaran terbaru Ebit di Instagram miliknya, dia berasa sedih dengan keadaan seorang pemuda bernama Hock Kian Siong yang tinggal di tepi jalan.

Katanya, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai tukang baik pulih penyejuk udara namun kehilangan tangan selepas alat elektrik itu meletup.

“Hidupnya semakin susah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkahwin dengan orang Indonesia dan mempunyai dua orang anak.

“Tadi abang Hock menangis rindukan isteri dan anak-anak, sejak PKP tak jumpa, dia orang Gombak dan memegang kad pengenalan warna biru,” katanya.

Jelas Ebit, lelaki itu melahirkan rasa syukur selepas selepas berjumpa kerana menyifatkan sudah lama untuk bertentang mata secara empat mata.

“Hari ini Allah kabulkan, sedih bila bab anak-anak, kami bawa ke penempatan, akan cari bilik untuknya, begitulah bahagian ujian hidup.

“Di saat saya rasa sedih berjauhan sekejap dengan keluarga, ada orang sudah bertahun tidak jumpa anak-anak, telefon anak-anak menangis rindu,” jelasnya.

Dalam hantaran itu, Ebit juga meminta orang ramai untuk terus mendoakan abang Hock agar terus dimudahkan urusannya.

Dalam pada itu, netizen terus melahirkan rasa terharu dengan hantaran berkenaan selain mendoakan agar pemuda itu terus kuat dan tabah.

“Kesiannya, semoga ada sinar baharu untuk keluarga ini, terima kasih Allah temukan Ustaz Ebit dengan Abang Hock,” kata Hana Marzuki.

“Bila rasa ‘down’ dan nampak hantaran ini terus rasa syukur, terima kasih Ustaz Ebit,” ujar Bit Jedey. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI