PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda hampir ke seluruh negara malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keseluruhan kawasan Wilayah Persekutuan, Perlis dan Melaka diramalkan mengalami cuaca buruk sehingga pukul 11 malam ini.
Di sebelah utara, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan di Kedah melibatkan kawasan Langkawi dan Kubang Pasu.
Selain itu, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka melanda Perak di Manjung, Kinta, Perak tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Dalam pada itu, Kelantan turut mengalami hujan lebat tertumpu di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang manakala di Terengganu pula hanya melibatkan kawasan Besut.
“Di Pahang, ribut petir dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan sementara di Selangor, cuaca buruk dijangkakan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan dan Klang,” katanya.
Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin manakala di Johor pula hanya melibatkan Tangkak.
Di sebelah timur, hujan lebat dijangka membabitkan Sarawak di Sibu(Kanowit), Kapit, Bintulu dan Miri seterusnya Sabah di Pandalaman, Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod dan Beluran). K! ONLINE