fbpx

Ronaldo bersara jika raih satu lagi anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO memulakan musim ini dengan kurang sempurna bersama United selain turut gagal membantu Portugal mara ke Piala Dunia 2022 secara automatik. – AFP

PARIS – Ketua Pegawai Eksekutif France Football, Pascal Ferre mengakui penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo bercita-cita untuk memiliki Anugerah Ballon d’Or lebih banyak berbanding seteru tradisi, Lionel Messi sebelum mengumumkan persaraan rasmi.

Sebagai rekod, Ronaldo ketika ini sudah memenangi lima trofi, manakala Messi pula meraih enam gelaran.

Anugerah tahunan yang dianjurkan oleh akhbar berpengaruh Perancis, France Football kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit melibatkan Messi, Ronaldo dan penyerang sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Ferre mengesahkan Ronaldo yang juga penyerang antarabangsa Portugal memaklumkan impiannya adalah untuk menjulang trofi itu sekurang-kurangnya sekali lagi.

“Ronaldo tidak akan berhenti sekiranya dia gagal menambah trofi ini dalam koleksi. Dia mahukan lebih daripada Messi dan itulah perkara yang dimaklumkan ketika saya menghubunginya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan Anugerah Ballon d’Or 2021 yang tersebar baru-baru ini, nama Ronaldo tidak ada dalam senarai tiga pemain yang dianggap terbaik dunia tetapi perkara itu dinafikan oleh France Football.

Menerusi senarai tersebut, Messi akan menjulang trofi Ballon d’Or dan pemenang tempat kedua diraih oleh Karim Benzema sebelum Lewandowski melengkapkan senarai tiga pemain terbaik.

Kali terakhir Ronaldo memenanginya pada 2017 sementara empat kemenangan lain diraih pada 2016, 2014, 2013 dan 2008.

Pemain berusia 36 tahun itu hanya menjuarai Piala Itali bersama Juventus tahun ini tetapi berjaya meme­cahkan rekod penjaring terbanyak antarabangsa dengan 115 gol bersama pasukan Portugal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI