fbpx

Gerrard beri amaran awal buat Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gerrard (kiri) meraih kemenangan kedua bersama Villa selepas mereka berjaya menjinakkan Palace di Selhurst Park kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard memberi amaran kepada Manchester City selepas menewaskan Crystal Palace 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park kelmarin.

Villa dan City dijangka akan membuat perhitungan dalam aksi liga Khamis ini, justeru Gerrard menganggap kemenangan ke atas Palace merupakan pembakar semangat kepada pemain-pemainnya.

Legenda Liverpool itu berharap barisan pemainnya sudah bersiap sedia kerana beliau mahu Villa mencipta kejutan ke atas skuad kendalian Pep Guardiola dalam perlawanan tersebut.

“Memang saya berharap aksi bertemu City adalah satu perlawanan mudah tetapi kami sedar ia sangat sukar. Bagaimanapun, kami akan turun sebagai bukan pasukan pilihan tetapi tidak mustahil untuk melakar kejutan.

“Saya gembira dengan per­kem­bangan pasukan selepas datang ke sini, namun masih ada banyak kerja perlu dilakukan. Oleh itu, tugas saya adalah untuk selesaikan misi tersebut,” katanya.

Mengulas aksi menentang Palace, Gerrard gembira apabila menyaksikan skuad kendaliannya dapat menjalankan tugas dengan baik serta mampu menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan.

“Saya fikir pasukan lawan berdepan kesukaran untuk bermain kerana kami cukup serasi dengan taktikal. Semua pemain wajar diberikan pujian kerana Selhurst Park bukanlah tempat yang mudah untuk dapatkan tiga mata,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI