fbpx

Bekas Ketua Polis Perak, Negeri Sembilan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Osman Salleh

SEREMBAN – Bekas Ketua Polis Perak dan Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, 65, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, tengah hari tadi.

Allahyarham difahamkan meninggal dunia selepas enam hari dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan akibat jangkitan Covid-19 dan jangkitan kuman dalam darah.

Berita kematian yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Bekas Pegawai Kanan Polis (Respa) Negeri Sembilan itu turut dikongsikan menerusi akaun Facebook anaknya, Dr. Mohd. Hafiz Osman.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Assalamuaaikum semua..dukacita dimaklumkan, ayahanda saya, Osman Bin Salleh telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.51 tengah hari tadi di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Jenazah, abah, insya-Allah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Ainsdale, Labu, sekitar pukul 4 hingga 5 petang ini,” katanya.

Pangkat terakhir Allahyarham dalam perkhidmatan polis ialah Komisioner Polis (CP) dan bersara pada 13 Februari 2016.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Halijah Mohd Rashid. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI