fbpx

Melaka United terus gagal tamatkan penantian 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Melaka United nyata kecewa apabila misi menamatkan penantian 100 tahun gagal terlaksana selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada KL City sebelum ini.

KETUA jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengakui terkilan selepas gagal membawa skuad kendaliannya itu mara ke pentas final buat julung kalinya pada saingan Piala Malaysia edisi ke-100 selepas tewas 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam.

Zainal mengakui, anak-anak buahnya itu mempersembahkan aksi cukup baik sepanjang 120 minit perlawanan apabila me­nguasai hampir keseluruhan permainan ketika berdepan Kuala Lumpur City (KL City).

“Saya ingin mengucapkan teri­ma kasih kepada pemain kerana mereka telah bermain dengan bersungguh-sungguh, walaupun di masa tambahan mereka masih lagi mengasak pasukan Kuala Lumpur dan terus mencipta beberapa peluang.

“Tetapi, apa yang saya nak katakan, malam ini adalah bukan malam kami untuk melakukan kejutan. Mereka bermain de­ngan cukup baik dan mengambil sepakan penalti dengan baik cuma sepakan Giovane Gomes terkena palang gol dan melantun keluar.

“Ketika itu, Gomes menangis kerana gagal melakukan penyudah berkenaan, namun kami perlu menerima hakikat. Apa pun saya berbangga dengan kejayaan yang telah mereka buktikan. Selepas ini Melaka perlu berusaha lebih gigih pada masa akan datang.

“Saya harap selepas ini Melaka akan terus dihormati selepas apa yang kami tunjukan sepanjang saingan Piala Malaysia,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Zainal percaya gangguan teknikal yang menyebabkan bekalan elektrik terputus dan penangguhan sejam perlawanan bukan alasan kepada kegagalan mereka mara ke pentas finla.

“Ia bukan alasan kerana Kuala Lumpur juga mengalami masalah yang serupa. Bagi saya tidak banyak terjejas, malah pasukan menunjukan permainan yang baik. Apa pun bukan rezeki kami malam ini,” tegas Zainal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI