fbpx

ADUN Slim mula bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANJUNG MALIM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd. Zaidi Aziz hari ini memulakan tugasnya dengan berjumpa peniaga dan pengunjung Pasar Awam Slim River dekat sini.

Mohd. Zaidi tiba di pasar tersebut bersama bapa, Aziz Nordin, 80; isteri, Juliana Sarip, 43, dan anak bongsunya, Maryam Tihani, 5, serta ahli keluarganya yang lain tepat pukul 8 pagi dan meluangkan masa di sana hampir satu jam.

Beliau sempat beramah-mesra dengan para peniaga dan pengunjung selain turut membeli barang-barang basah untuk kenduri kesyukuran bersama ahli keluarga di rumahnya.

Ketika ditemui pemberita, Mohd. Zaidi berkata, beliau sedaya-upaya akan membantu para peniaga terutamanya di pasar awam tersebut selepas perniagaan mereka terjejas akibat wabak Koronavirus (Covid-19).

“Selepas berbual-bual dengan peniaga di sini, saya mendapati ada di antara mereka mengadu perniagaan terjejas akibat Covid-19. Perkara ini kita tidak dapat elak namun kita akan cuba untuk bantu mereka keluar dari masalah yang dihadapi.

“Ada juga yang meminta pasar pagi diadakan semula di sini dan saya akan bawa perkara ini ke peringkat Majlis Daerah Tanjung Malim untuk dibincangkan memandangkan kawasan ini agak sesak. Kita kena tengok solusi yang terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai permasalahan rakyat di DUN Slim, Mohd. Zaidi berkata, beliau akan meneliti kembali catatan yang dibuatnya sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) selama dua minggu.

“Saya akan meneliti kembali apa yang telah dicatatkan. Ada antara permasalahan ini boleh diselesaikan dengan segera dan ada juga yang dah diselesaikan pihak berwajib termasuk masalah banjir dan infrastruktur.

“Ada juga permasalahan rakyat yang perlu dirujuk kepada agensi berkaitan dan dibawa ke peringkat lebih tinggi. Semua ini saya akan teliti kembali,” katanya.

Sementara itu, peniaga daging di Pasar Awam Slim River, Chong Sin Keong, 56, berkata, dia berharap ADUN baharu ini dapat mendengar masalah yang dihadapi rakyat dan majukan lagi pekan Slim River.

“Saya harap Slim River ini dapat dibangunkan kawasan industri kerana ia akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk di sini selain membuka peluang kerja kepada orang tempatan di sini,” katanya.

Mohd. Zaidi diumumkan sebagai ADUN Slim baharu malam tadi selepas memenangi PRK DUN Slim dengan majoriti 10,945 undi mengalahkan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S. Santharasekaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI