fbpx

Usia setahun jagung, Aespa cipta sejarah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AESPA

KUMPULAN wanita K-pop terkenal, Aespa mencipta satu lagi sejarah apabila menjadi grup pertama yang membuat persembahan sempena penganjuran Macy’s Thanksgiving Day Parade.

Macy’s Thanksgiving Day Parade ke-95 berlangsung dengan meriah dan penuh gemilang pada 25 November lalu di Jalan Manhattan, New York, Amerika Syarikat.

“Aespa buat julung kali menjadi kumpulan wanita K-pop pertama yang membuat persembahan pada acara berprestij tersebut.

“Tidak setakat itu, ini juga merupakan kali pertama kumpulan itu membuat persembahan di luar negara sejak mereka melancarkan debut tahun lalu.

“Tahniah Aespa! Kami bangga dengan kejayaan ini walaupun kamu semua baru setahun jagung dalam industri,” komen peminat tegar dalam media sosial rasmi mereka.

Terdahulu, Aespa yang bernaung bawah label SM Entertainment (SME) memulakan debut November tahun lalu turut mencatat sejarah tersendiri apabila muzik video pertama mereka menerusi single berjudul Black Mamba mencatat lebih 10 juta tontonan.

Rekod tersebut dicatat dalam masa tidak sampai lapan jam selepas dilancarkan.

Lagu tersebut juga menjadi trending dalam YouTube dan Twitter sekali gus menaikkan nama keempat-empat ahli kumpulan yang dianggotai Karina, Giselle, Winter dan Ningning.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI