fbpx

Pendaki maut ketika daki Gunung Santubong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba berusaha menurunkan mangsa di Gunung Santubong.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

SANTUBONG – Pendakian di Gunung Santubong bertukar tragedi apabila seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki bersama dua lagi rakannya di sini semalam.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Muhammad Hazwan Bakar, 24, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.16 malam setelah dibawa turun dari bahagian ‘Summit 4.5’ iaitu kira-kira setinggi 517 meter dari paras laut.

Pada awalnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 5.20 petang mengenai sekumpulan pendaki yang terkandas di Gunung Santubong dengan salah seorang daripadanya mengalami sesak nafas.

Pihak bomba kemudian menghantar satu pasukan terdiri daripada 23 anggota diketuai komander operasi, Azaharul Sahari.

“Semasa tiba di lokasi, mangsa didapati tidak sedarkan diri.

“Tindakan awal anggota bomba telah berusaha memberi CPR (bantuan pernafasan) terhadap mangsa namun tiada sebarang reaksi dan tindak balas dari mangsa sebelum lelaki itu dibawa turun,” jelas laporan tersebut.

Mangsa dengan berat 160 kilogram (kg) telah dibawa turun melalui kawasan yang curam dan berbukit menggunakan pengusung oleh pasukan bomba dengan mengambil masa selama hampir dua jam.

Sebaik sampai di kaki gunung, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan dan disahkan telah meninggal dunia.

Operasi tamat pada pukul 9.47 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI