fbpx

APMM rampas 39 set bubu naga di Pulau Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Pulau Pinang merampas 36 set bubu naga di tiga lokasi berasingan di perairan Pulau Aman, Pulau Pinang kelmarin.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) sekali lagi merampas 39 set bubu naga di tiga lokasi berasingan sekitar 3.4 batu nautika barat daya Pulau Aman dekat sini kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, rampasan dilakukan hasil aduan awam serta rondaan rutin OP Pertiwi antara pukul 6.45 petang hingga 7.55 malam.

“Pasukan operasi telah melakukan pemerhatian khusus terhadap lokasi aduan dan telah menjumpai 39 set bubu naga yang dipasang di perairan berhampiran Pulau Aman.

“Kesemua bubu naga dengan anggaran nilai hampir RM4,680 itu dirampas serta dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.

Justeru jelasnya, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Menurutnya, sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI