fbpx

Buang persepsi kerja seperti warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin ( kiri) beramah bersama kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) di JSB hari ini.

SHAH ALAM – Persepsi pihak tertentu bahawa pencari kerja warga tempatan dalam program Jelajah Selangor Bekerja (JSB) akan bekerja tanpa mendapat manfaat sewajarnya seperti warga asing adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, sebaliknya mereka yang bekerja dalam industri perkilangan contohnya mendapat segala faedah sepenuhnya sebagai warga tempatan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kebajikan para pekerja warga tempatan.

“Ada cabaran persepsi di kalangan masyarakat iaitu apabila bekerja di kilang adalah sama seperti warga asing ( tanpa faedah sepatutnya).

“Saya bercakap dengan sebahagian pencari kerja dengan memberikan kesedaran bahawa mereka tidak bekerja seperti warga asing sebaliknya rakyat negara ini dengan penuh manfaat dan faedah,” katanya kepada pemberita hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI