fbpx

Etak hipster berperisa pilihan orang Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suria bersama lima jenis etak berperisa tom yam, paprik, pedas manis, manis lemak dan biasa lemak yang dijualnya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Badang, Kota Bharu semalam. – Gambar ZULHANIFA SIDEK

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kudapan rakyat Kelantan yang dipanggil etok atau etak kini diberi nafas baharu lebih hipster dengan mempunyai pelbagai perisa bagi beri kelainan kepada pembeli.

Dulunya, etak salai dijual kini ia mempunyai pelbagai perisa seperti tom yam, paprik, pedas manis, manis lemak dan biasa lemak.

Seorang peniaga, Suria Harun, 25 berkata dia telah menjual etak lebih lima tahun dan terbaru etak berperisa paprik di Kampung Badang, di sini.

“Saya jual etak dengan rasa yang lebih hipster bagi memberi kelainan, dulu hanya jual salai sahaja kini macam-macam rasa ada, Alhamdulillah pe­langgan suka,”jelasnya kepada ­Kosmo! Ahad.

Ujarnya, etak diperolehi dari pembekal di Pasir Mas, seba­nyak 120 kilogram dengan harga RM630.

Katanya, proses untuk meng­hasilkan pelbagai rasa etak mengambil masa sekurang-kurangnya satu malam.

“Permulaannya etak perlu dibasuh sebersih-bersihnya ba­gi mengelak ia berbau hanyir.

“Saya berharap etak yang dijual ini terus mendapat sambutan pelanggan dan tidak kisah dengan persaingan peniaga etak lain kerana rezeki itu milik Allah,” katanya.

Katanya, untuk tempoh se­karang ini mahu mengekalkan lima resipi sahaja.

Etak yang dijual Suria pada harga RM2 hingga RM7 sebungkus mengikut perisa-perisa tertentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI