fbpx

Bantuan khas setengah bulan gaji penjawat awam Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Penjawat awam Pulau Pinang akan menikmati bonus berbentuk bantuan khas kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 seperti yang diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini.

Menurut Kon Yeow, bayaran melibatkan keseluruhan 3,962 penjawat awam dengan implikasi kewangan berjumlah RM5.59 juta itu akan dibuat pada Disember ini.

“Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu semua penjawat awam Pulau Pinang, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran bantuan khas kewangan akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

“Adalah diharapkan ia akan meningkatkan semangat penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang,” katanya semasa Ucapan Bajet 2022 Negeri Pulau Pinang pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dalam masa sama, Kon Yeow berkata bonus RM300 juga akan diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat serta guru dan staf sekolah persendirian Cina.

“Manakala, guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam pula akan menerima RM200 setiap seorang.

“Semua pembayaran yang melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM940,600 itu juga akan dibayar pada Disember ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI