fbpx

Hanya 90 individu pada satu masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas menampal pelekat VTL MY-SG sebagai persiapan menerima kedatangan pengembara dari Singapura dengan menggunakan VTL di Larkin Sentral, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Terminal Bas Larkin Sentral Larkin sudah bersiap sedia menyambut 90 orang pengembara dalam satu masa yang akan tiba menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Laluan Darat (VTL-Land) bermula 29 November ini.

Segala persiapan baik dari segi ruang menunggu bas berhawa dingin dan tempat pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sudah 90 peratus siap.

Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Mohd. Hemli Mohd. Affendi berkata, persediaan itu merangkumi fasiliti ruang pelepasan dan ketibaan yang disediakan khas bagi individu VTL darat yang akan tiba menaiki bas.

Ujarnya, ruang ketibaan bagi pengembara VTL darat yang tiba dari Singapura akan tertera pelekat VTL SG-MY, manakala ruang pelepasan bagi pengembara VTL darat dari Malaysia ke Singapura dengan pelekat MY-SG bagi memudahkan urusan perjalanan dan kemasukan ke terminal.

“Kedua-dua ruang pelepasan dan ketibaan khas ini boleh memuatkan 90 individu pada satu-satu masa.

“Jumlah itu mencukupi kerana buat masa ini mengikut kuota yang dibenarkan hanya 1,440 pengembara sahaja sehari,’’ katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan persiapan di Larkin Sentral di sini semalam.

Ujar Mohd. Helmi, ketibaan pertama pada 29 November ini dijadualkan tiba pada pukul 8.50 pagi dengan kapasiti sebanyak 45 penumpang dan setiap bas dihadkan 45 penumpang sahaja.

Ketibaan dari Singapura bagi setiap perjalanan mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit.

“Bas terakhir dijangka tiba selewat-lewatnya pada pukul 9.30 malam, namun ia bergantung kepada kesesakan lalu lintas dan pemeriksaan di pintu masuk kedua negara.

“Buat masa ini kesemua tiket dijual secara dalam talian oleh syarikat bas terlibat, pihak kami tidak menjual tiket secara terus,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan selain pekerja, VTL darat akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Singapura di kedua-dua belah Tambak yang terpisah dengan keluarga akibat pandemik Co­vid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI