fbpx

Penduduk bimbang nyawa terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK terpaksa membuang perabot yang rosak akibat banjir kilat di Kampung Lembah Jaya, Ampang pada Isnin lalu.

PETALING JAYA – Penduduk di Ampang meliputi Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan yang dilanda banjir kilat Isnin lalu melahirkan rasa bimbang dengan keselamatan nyawa mereka setiap berlaku hujan lebat.

Seorang mangsa, Khairul Hashimi Daud, 43, berkata, apabila hujan lebat, penduduk akan berada dalam ketakutan.

“Saya cukup risau jika berlakunya hujan yang lebat dalam masa terdekat seperti apa yang berlaku Isnin lalu. Bimbang jika melibatkan nyawa penduduk.

“Ketika ini kerja-kerja pembersihan banyak dilakukan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat. Banyak lagi yang perlu dikemaskan, saya risau jika hujan lebat melanda dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, seorang mang­sa banjir, Nur Azati Nadia, 23, berkata, kerja-kerja pembersihan lumpur tebal secara berperingkat itu telah dilakukan beberapa NGO tempatan.

“Buat masa ini, beberapa NGO antaranya Jabatan Amal Malaysia (AMAL) telah melakukan kerja-kerja pembersihan jalan utama di kawasan ini.

“Sejak kejadian banjir kilat Isnin lalu, pelbagai NGO telah membantu, namun buat masa ini tiada lagi yang datang untuk mengeluarkan lumpur dari dalam kediaman kami,” jelasnya.

Jelasnya, bantuan makanan, barang dapur serta barangan penjagaan diri seperti sabun juga telah beberapa kali diterima penduduk di kawasan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI